Selasa, 27 November 2012

Aku happy sangat2..

Hari nie aq duduk paper sastera 1. Datang awal pagi, sempat lagi gosip dengan kekawan sebelum mula jawab paper. Aku jawab jak mcm biasa, harap2lah boleh lulus, setakat D pun alhamduliah uda. Maw taw kenapa aku happy hari nie.. Sebabnya tadi aku duduk di tempat my pujaan hati, iaitu my prince is Faizal. Mula2 aku tidak sedar pun yang aku duduk tempat dia, tapi bila aku TERnampak slip tercatat di kertas itu nama "Mohd Faizal bin Arham @ Ibrahim. Aku dapat juga tarikh bday dia, 16 bulan 4 kalau aku tidak silap. Nampaknya dia lagi tua dari aku.. Maksud aku tua bulan lah bukan tahun. Sebab umur kami sama..

"Akulah aku
yang selalu membuat kau tersenyum
walaupun sering ku terluka
tapi tak mengapa

Akulah aku
kan selalu hadir untuku
moga NANTI SUATU HARI
kau akan sedari..."

Selasa, 16 Oktober 2012

Tentang aku hari ini / 16.10.2012

Entah apa masalah aku dengan dorang sampai dorang tidak suka dengan aku. Apa salah yang aku pernah buat dengan dorang. Iya, aku mengaku, aku memang malas mahu pegi sekolah, tapi itu bukan ada kaitannya dengan dorang. Dorang fikirlah pasal diri dorang sendiri. Dorang ingat dorang budak2 pintar dalam kelas itu aku takutlah, sebab dorang ada geng jak dorang berani, kalau tiada, mesti macam rusa masuk kampung. Apa orang buat semua dia ikut. (Puling, Farah)

Aku tahu lah tulisan aku memang tidak cantik dan susah maw difahamilah konon. tapi orang lain dapat pun
tengok apa yang aku tulis. Aku benci betul dengan dia, dahlah anak Bugis, perangai macam setan, dia ingat dia tu bagus sangat lah. Mungkin sebab dia ada bf, aku nie dia tengok sebelah mata jak, sebab aku kan tiada apa2 kalau dibandingkan dengan dia. (Farhana)

Tadi kelas tambahan cikgu Jainah. Kenapalah aku mesti satu kumpulan lagi dengan anak Bugis tu. Benci gila aku, terpaksalah depan dia jadi PLASTIK(pura2). Nasib kawan baik aku c Fera tidak masuk kelas cikgu Ishak, jadi dia ikut kelas cikgu Jainah sama2 aku. Tanpa aku sedari, My Pujaan Aty, Mr.Faizal ada dalam kelas aku and duduk kat belakang aku. Sejuk terus tangan aku bila aku toleh ke belakang dia ada di belakang aku dan tersenyum. Kami kena suruh buat latihan bahagian A, bahagian karangan. Kami buat point penting jak. Lepas tu, cikgu suruh aku tulis skema jawapan di papan tulis, dahlah tulisan aku buruk bila tulis di papan tulis, kenalah buat juga, arahan cikgu kan... Ada lagi suara sumbang yang cakap tulisan aku bikin pening, dia yang bikin panas. Nasib aku tidak cakap "kalau tulisan kau cantik sangat, nah ambil tulis". Nasib aku bukan jenis yang suka cari pasal, malas aku mahu cari pasal dengan anak Bugis tu.

My Pujaan Hati tu, macam mahu bercakap dengan aku, tapi macam juga tidak. Sweet lah dia tadi. Dan yang paling sweet lagi dia duduk di belakang aku dan salin apa yang aku tulis di papan tulis.

*Mungkin aku betul2 suka dia atau pun cuma minat gila dengan dia, sampaikan lulut aku macam mahu tercabut bila menulis di depan dan di tengok oleh dia. Tangan pun sejuk gila... hehehehe*

Ahad, 14 Oktober 2012

Mak, maafkan aku

Maafkan aku, aku tdk sengaja kuncikan pintu tu. Aku betul2 minta maaf.. Aku tertido di bilik, jadi aku tdk dgr Mama balik.. Bila aku sudah tersedar, aku terus turun, sekali aku tgk di tingkap ada Mama, habis aku kena marah, sebab pegi kunci tu pintu, udahlah pintu tu cuma boleh buka dari dalam.. Kasian plak aku tgk Mama teriak2 panggil aku, aku plak siok2 tido... Kurang asam btul aku nie kan... hehehe.. apa2 maafkan aku ye Mak.. Luv u Mak...

Rindu My Blog

Rindu gila aku maw menulis disini. Tapi tahu2 jak lah, line celcom lambat, jadi susah maw buka blog.. Macam2 yang aku mahu tulis disini. Semenjak nenek aku meninggal, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada aku. Aku pernah maw berhenti sekolah, sebab aku rasa aku tidak boleh angkat subjek2 yang aku ambil. Berkat nasihat, dorongan dan leteran Baba, aku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan aku yang tinggal separuh jalan. Aku sebenarnya boleh tapi, aku tahu sifat malas dalam diri aku susah untuk aku buang. Mama ada cakap, jawab jak soalan nanti STPM, lulus kh gagal itu belakang cerita. Aku tahu kenapa Mama dan Baba cakap macam 2, sebab dorang tidak mahu aku sakit disebabkan memikirkan tentang STPM yang kian mendekat.

19 November.. Tarikh ini pasti akan tiba jua, tidak kira aku tunggu @ tidak. Aku tidak tahu sama ada maw takut atau tidak dengan tarikh ini. Semua kawan2 aku mesti sudah bersedia dengan jawapan untuk setiap soalan. Terutama sekali C Puling, dia paling excited maw jawab soalan STPM. Sebenarnya, memang tidak hairan, dia budak pandai bagi soalan apa saja dia boleh jawab. Aku???? cuma boleh tersenyum bila dia dapat markah palingggg tinggi bagi subjek PP. Bukannya aku cemburu, mungkin cemburu lah, kenapa dia pandai, kenapa aku tidak, aku pun makan nasi juga di rumah, nda mungkin dia makan batu kan??

Tentang Faizal... Aku mengakui aku agak minatlah dengan dia. Sebab dia lain dari pelajar yang lain. Dia bukan mcm C Kalu, walaupun dia kawan baik c Kalu. Bila dia bercakap dengan aku mesti suara dia rendahhhh sangat, lembut sangggat, sampai aku susah maw dengar apa yg dia cakap. Tapi, aku boleh tersenyum sendiri bila ingat dia. Entah apa yang menarik pasal dia sampai aku boleh jadi pemerhati dia yang setia. Kadang2 tanpa aku toleh pun aku boleh cam itu adalah suara dia. C Kalu plak, yang selalu menggelarkan dirinya sebagai "abang" memang suka bergurau dengan aku. Sampaikan dia boleh terbeli @ sengaja beli sapu tangan yg sama warna dengan aku. Malunya aku, kalau ada org nampak yang sapu tangan kami sama. Apa2 pun, dia suka buat aku jatuh cinta dengan dia walaupun cuma jatuh cinta sebagai seorang sahabat... hehehe...

Rindu gila aku dengan wall nie.. tapi nda taw apa maw tulis lagi.... jumpa lagi... 15/10/2012(isnin)

Selasa, 15 Mei 2012

Boring...

Kenapa Mr.Cute nda pegi skula tadi ar?? Tapi, ada plak aku nampak dia tadi ambik adik dia.. Maybe dia berhenti ataupun malas maw pegi skula.. Esok ada jamuan hari guru lagi.. Aku paling malas maw ikut jamuan nie, walaupun dapat makan free, aku tetap tidak suka, sebab aku tidak suka orang tengok aku makan.

Sekarang aku sudah ada 4 orang Mr... hehehe.. Dua orang junior aku, seorang senior aku dan seorang lagi sama umur dengan aku..

1. Mr.Cute
2. Mr.Cool
3. Mr.Junior or Mr.Blue
4. Mr.Brown


Jumaat, 27 April 2012

Cerita kosang je...

Dia (Mr.Cool) sebut nama aku... sweet ke ar?? entahlah... nielah first time dia sebut nama aku.. sekarang aku TERsangat yakin yang aku TIDAK suka dengan dia.. aku cuma anggap dia kawan aku. Dulu aku mengaku aku memang minat dengan dia, tapi itu dululah...

Abang B plak, aku memang TIDAK suka dengan dia. TIDAK SUKA sama sekali, dulu memang iya aku minat dengan dia. tapi sekarang, aku tengok dia pun rasanya macam maw muntah.. berlagak COOL kunun, macam taik adalah... Dia memang bebal, palui, bodoh dan yang seangkatan dengannyalah, sebab... dia tahu yang c Fatim, sudah ada boyfriend, tapi kenapa dia masih berlagak MACAM boyfriend c Fatim?? Maybe otak dia sudah beku dengan KECANTIKAN c Fatim.. Yang pompuan nie pun sama jua, dah ada boyfriend masih lagi gatal, kononnya sekarang trend pasang boyfriend 2, 3, tak jadi masalah..

Tapi, kalau akulah, dah ada seorang yang ikhlas sayang dengan aku, aku gerenti tidak akan cari lain.. kalau dia mahu pasang 2, 3 tapi jangan harap aku akan kaple dengan dia... hehe... tu pun KALAULAH ada yang sudi maw sayang aku nie.. someone yang tidak perfect...

Sukan Tahunan Sekolah

Tahun nie tahun akhir aku menyertai sukan.. memang best lah tengok orang bersukan.. yang lagi best tengok rumah sukan sendiri menang dalam acara yang disertai.. Mr.AF ada ikut acara taw. punyalah laju dia lari.. tapi sayang dia tidak satu rumah sukan dengan aku.. tu yang malang tu, kalau satu rumah sukan kan best, boleh tengok dia setiap masa..hehe..

Aku plak dengan seorang kawan aku nie suka sangat kasi ketawa cikgu-cikgu.. hehe.. jahat kan kami...hehe.. memang best dpt kawan dengan dia dan dua orang lagi kawan aku.. walaupun sekarang aku masih mengenal hati dorang.. aku harap dorang boleh jadi kawan aku dalam apa jua keadaan aku..

Mr.AF plak, You Are Best(Mr.Kadau)hehe...